Tentang Kami

Pengenalan kepada Platform Teknologi Data a2a

 
 
 

MODEL PERNIAGAAN A2A

a2a Global Network Sdn Bhd adalah sebuah Platform Teknologi Data Pengguna yang ditubuhkan pada 16 Disember 2015 di mana pengguna boleh menikmati faedah, meraih Mata Ganjaran (LP) melalui pembelian online dan offline, membina rangkaian database dan menjana pendapatan pasif.

a2a bermaksud “sesiapa kepada sesiapa sahaja” (anyone to anyone), “mana ke mana sahaja” (anywhere to anywhere) dan “apa ke apa sahaja” (anything to anything).

 

SESIAPA KEPADA SESIAPA SAHAJA: 

Dengan pembayaran serendah RM30.00 (dikuatkuasakan mulai 1 Jun 2018), sesiapa pun boleh menikmati kesemua faedah dan ganjaran daripada platform ini.

  

MANA KE MANA SAHAJA:

Sebuah platform teknologi data pengguna global tanpa sempadan dan penuh dengan potensi yang tiada had.

 

APA KE APA SAHAJA:

Gaya hidup holistik, dari penggunaan keperluan asas, hingga ke beli-belah dan riadah, serta apa-apa sahaja. 

a2a juga bermatlamat untuk menjadi platform Teknologi Data Pembeli membayar Pembeli yang pertama – suatu entiti yang mengaplikasikan platform hibrid, menggabungkan Program Kesetiaan, e-Dagang dan pemasaran viral melalui sistem gandaan. Bukan itu sahaja, malah platform a2a telah direka supaya mudah, ringkas dan lumayan melalui penggunaan aplikasi mobil dan Internet. Dengan platform ini, ahli-ahli boleh menikmati tiga kebaikan utama sepanjang hayat:

 

1. Kumpul Mata Ganjaran ketika membeli-belah online dan offline, atau dengan merujuk kawan anda untuk mendaftar.
Setiap Mata Ganjaran bernilai sehingga RM0.625.

2. Apabila anda dan kawan anda dalam rangkaian 10 peringkat mengumpul 10LP = RM6.25, anda boleh menikmati perkongsian keuntungan sebanyak 4%.

3. Amalkan perbuatan baik setiap hari melalui sumbangan amal kepada yang memerlukan di platform a2a.

 

MISI KORPORAT

Menambah nilai kepada kehidupan semua.

 Membantu golongan yang memerlukan untuk kehidupan yang lebih baik,
 Menerokai sumber-sumber untuk dikongsi bersama dengan masyarakat,
 Mengurangkan jurang antara yang miskin dan kaya, dan
 Menjadikan dunia sebuah tempat yang lebih baik untuk semua.

 

VISI KORPORAT

Untuk menjadi Platform Teknologi Data Pengguna yang terbesar secara global di mana semua lapisan masyarakat boleh berkongsi, berkembang dan meraih keuntungan bersama.

 

PRINSIP KORPORAT

Prinsip Win-win-win

 

 Mengutamakan kepentingan ahli 
 Mengamalkan prinsip win-win dalam perhubungan bersama rakan sekutu
 Apabila ahli meraih kemenangan, rakan sekutu meraih kemenangan, syarikat juga akan meraih kemenangan

 

FALSAFAH KORPORAT

Tanggungjawab, Amanah, Penghormatan, Penghargaan, Kecemerlangan, dan Inovasi

  

 

PROFIL LEMBAGA PENGARAH

 

Michael Loo, Pengasas & Pengerusi

 

  • Usahawan yang bermatlamat tinggi, bersemangat dan bertanggungjawab
  • Bekas Naib Pengerusi kepada Sun Hong Kai Securities, Singapura
  • Bekas Naib Pengerusi kepada Shearson American Express, Singapura
  • Bekas Naib Pengerusi kepada Direct Selling Association, Malaysia
  • Pengasas Bio-Young (M) Sdn Bhd
  • Pengalaman selama 40 tahun dalam bidang kewangan dan pemasaran rangkaian

 

 

Vivian Yue, Ketua Pegawai Eksekutif

 

  • Bekas Naib Pengerusi Senior kepada Sunsky (HK) Bhd
  • Bekas Bendahari kepada Direct Selling Association, Hong Kong
  • Bekas Naib Pengerusi kepada Bio-Young (M) Sdn Bhd
  • Pengalaman selama 30 tahun dalam pengurusan & pemasaran senior

 

 

Ketua Pegawai Kewangan

 

  • Akauntan Bertauliah yang Disahkan, khusus berkenaan IPO, Penstrukturan Semula Korporat, serta Penggabungan & Pengambilalihan
  • Pengarah Eksekutif dan Usahawan Perniagaan untuk pelbagai syarikat di Malaysia & Hong Kong
  • Perniagaan merangkumi industri Kopi, Audio & Visual, dan perundingan Pertanian & Korporat
  • Bekas Ketua Pegawai Kewangan kepada Japanese Group of Multinational Companies

 

 

Loo Yee Mun, Pengarah

 

  • Sarjana Muda Perdagangan (Pemasaran) & Sarjana Muda Sains Sosial (Pengajian Asia – Jepun)
  • Diploma Teknologi Komputer dan Jurutera Sistem yang Disahkan Microsoft (MCSE)
  • Ketua Pegawai Eksekutif kepada Red Cat Innovations Sdn. Bhd & IDS Interior Décor Bhd

 

 

Benny Jiang, Pengarah

 

  • Diploma Kejuruteraan Marin
  • Sijil Kecekapan (Kemahiran Motor) Kelas 1
  • Diploma Pemasaran dari Chartered Institute of Marketing (UK)
  • Bekas Pengarah kepada sebuah syarikat automasi marin di Singapura
  • Pelabur aktif dalam ekuiti, forex dan ekuiti swasta