Terma & Syarat

TERMA & SYARAT A2A

 

A2A Global Network Sdn Bhd (No. Syarikat 1169274-K) adalah pemilik, pengendali dan penyedia Laman Web ini dan platform mudah alihnya yang berkaitan. Kemasukan dan/atau penggunaan anda di Laman Web ini ditadbir oleh terma dan syarat berikut:

 

Anda boleh menggunakan Platform A2A kami sebagai Pengguna atau Ahli. Anda perlu membuka akaun di Platform A2A kami terlebih dahulu untuk menggunakan perkhidmatan Platform A2A. Sila pastikan semua maklumat anda adalah betul dan benar. A2A mempunyai hak untuk menolak, membatal atau menamatkan mana-mana akaun yang dicipta dengan maklumat palsu. Sila rujuk kepada dasar peribadi kami untuk maklumat tentang bagaimana data anda digunakan.

 

Sila baca terma dan syarat ini dengan teliti. Dengan melayari, menggunakan atau membuat apa-apa transaksi melalui Platform A2A ini, anda dianggap telah membaca, memahami dan bersetuju untuk mematuhi dan tertakluk dengan terma dan syarat ini.

 

Seksyen 1: Definisi:

 

1.1          A2A: bermaksud A2A Global Network Sdn Bhd dan termasuk syarikat-syarikat bersekutu dan mana-mana entiti lain dalam organisasi dan termasuk mana-mana laman web atau platform yang serupa atau berkaitan dengan Platform A2A yang dimiliki atau dikendali oleh mana-mana syarikat sedemikian.

 

1.2          Platform A2A: Bermaksud laman web dengan nama domain http://www.a2anetwork.net yang dimiliki oleh A2A sebagai platform Pengguna E-Dagang yang membolehkan transaksi oleh Pengguna dan oleh dan antara Ahli dan Aplikasi Mudah Alih A2A.

 

1.3          Bonus: Bermakna komisyen yang diperoleh oleh Ahli berdasarkan Pelan Pemasaran A2A.

 

1.4          Hari Bekerja: bermaksud hari di mana bank dibuka untuk perniagaan di Kuala Lumpur, dan tidak termasuk hujung minggu dan cuti umum.

 

1.5          Ahli: Bermaksud individu atau entiti yang telah mendaftar atau layak sebagai Ahli dan telah diterima untuk menjadi ahli A2A.

 

1.6          Rangkaian: Bermaksud rangkaian Pengguna dan Ahli A2A.

 

1.7          Polisi: Bermaksud Dasar Peribadi dan semua dasar lain yang dipaparkan di Platform A2A dari semasa ke semasa.

 

1.8          Produk: Bermaksud produk atau perkhidmatan yang dijual di atau melalui Platform A2A.

 

1.9          Dasar Peribadi: Bermaksud Dasar Peribadi A2A di http://www.a2anetwork.net/privacy-policy.

 

1.10       Cukai Jualan: Bermaksud sebarang cukai yang dikenakan oleh kerajaan atau pihak berkuasa yang berkaitan dengan penjualan produk atau perkhidmatan atau sebarang transaksi dibuat di atau melalui Platform A2A.

 

1.11      Terma dan Syarat: Bermaksud terma dan syarat yang mengawal penggunaan Platform A2A dan, terma dan syarat yang mengawal Pengguna dan Ahli di Platform A2A. Terma dan syarat menetapkan kelayakan dan kriteria untuk menjadi Ahli, terma dan syarat yang mengawal urus niaga di Platform A2A dan, hak dan kewajipan Ahli;

 

1.12      Pengguna: Bermaksud individu atau entiti yang telah mendaftar akaun di Platform A2A, dan diterima atau diiktiraf sebagai Pengguna oleh Platform A2A.

 

 

Seksyen 2: Mata Ganjaran (LP) dan E-Tunai

 

2.1       Pengguna dan Ahli boleh mendapat LP dengan membeli-belah melalui Platform A2A. LP hanya boleh digunakan mengikut cara yang ditentukan oleh A2A dan tidak boleh ditukar kepada wang tunai dan tiada nilai tunai, kecuali mengikuti penebusan mengikut cara yang disediakan di Platform A2A, LP boleh ditebus dengan nilai E-Cash yang ditetapkan. LP adalah sah untuk tempoh yang ditentukan oleh A2A dari semasa ke semasa dan pihak A2A berhak membatalkan dan menarik balik LP.

 

2.2       Setiap sepuluh (10) LP yang diperoleh oleh Ahli/Pengguna akan ditukar secara automatik ke E-Cash bernilai Enam Ringgit Malaysia dan Dua Puluh Lima Sen (RM6.25) dalam E-Dompet Ahli/Pengguna.

 

2.3      LP yang diperolehi melalui urus niaga Produk boleh dilucut hak dan ditarik balik pada bila-bila masa sekiranya urus niaga tersebut dibatalkan. Ada kebarangkalian LP akan ditarik balik sekiranya berlaku sebarang pelanggaran Terma dan Syarat.

 

2.4       E-Tunai boleh digunakan di Platform A2A atau sentiasa tertakluk kepada baki E-Tunai di E-Dompet Ahli/Pengguna yang mesti lebih daripada Lima Puluh Ringgit Malaysia (RM50.00). E-Tunai boleh ditebus oleh Ahli/Pengguna dengan pengeluaran minimumLima Puluh Ringgit Malaysia (RM50.00).

 

 

Seksyen 3: Menjadi Seorang Pengguna

 

3.1         Pengguna wajib berumur lapan belas (18) tahun dan ke atas, dan mesti memiliki keupayaan sah untuk melakukan transaksi di Platform A2A.

 

3.2         Untuk menggunakan perkhidmatan Platform A2A, anda mesti menjadi Pengguna atau Ahli.

 

3.3         Untuk menjadi Pengguna, anda harus mencipta akaun di Platform A2A. Anda akan diminta untuk mengisi maklumat peribadi dan memastikan bahawa semua maklumat dan data Pengguna ("Maklumat Pengguna") adalah lengkap, benar dan sah. Anda perlu memaklumkan kepada kami sekiranya terdapat sebarang perubahan pada Maklumat Pengguna anda. Anda akan bertanggungjawab sepenuhnya atas sebarang masalah yang timbul daripada kegagalan anda berbuat demikian (termasuk tetapi tidak terhad kepada sebarang kerugian, kerosakan, perbelanjaan, kesulitan).

 

3.4         A2A berhak untuk mengesahkan identiti anda dan meminta maklumat lanjut atau dokumen atas tujuan pengesahan. A2A mempunyai hak untuk menolak pendaftaran atau menamatkan akaun anda serta-merta sekiranya maklumat Pengguna yang diberikan tidak tepat, palsu, atau tidak boleh diterima, atau jikalau proses pengesahan A2A mendedahkan sebarang perkara yang dianggap mencurigakan oleh pihak A2A.

 

 

Seksyen 4: Menjadi Seorang Ahli Serta Tugas dan Tanggungjawab Anda

 

4.1         Ahli wajib berumur lapan belas (18) tahun dan ke atas, dan mesti memiliki keupayaan sah untuk melakukan transaksi di Platform A2A ini.

 

4.2         Ahli harus mengisi Borang Pendaftaran Keahlian dengan betul dan menyerahkannya melalui Platform A2A atau Aplikasi Mudah Alih A2A.

 

4.3         Anda harus mengisi maklumat peribadi dan memastikan bahawa semua maklumat ("Maklumat Pengguna") adalah lengkap, benar dan sah. Anda perlu memaklumkan kepada pihak kami sekiranya terdapat sebarang perubahan pada Maklumat Ahli anda. Anda akan bertanggungjawab sepenuhnya atas sebarang masalah yang timbul daripada kegagalan anda untuk berbuat demikian (termasuk tetapi tidak terhad kepada sebarang kerugian, kerosakan, perbelanjaan, kesulitan).

 

4.4         Selepas memenuhi syarat kelayakan dan melengkapkan pendaftaran, anda akan diiktiraf sebagai Ahli dan berhak untuk menikmati faedah-faedah keahlian yang tertakluk kepada Terma dan Syarat.

 

4.5         Ahli yang merupakan entiti korporat bertanggungjawab berunding dengan A2A mengenai semua perkara kepada wakil atau ejen yang dilantik, dan hendaklah memberi dokumen bertulis yang diperakui oleh pengarah, pemilik atau rakan kongsi kepada A2A, untuk membuktikan pelantikan wakil atau ejen sedemikian. Jika ia tidak dilakukan sedemikian, entiti perniagaan tersebut bertanggungjawab sepenuhnya atas semua tindakan wakil atau ejennya yang dilantik.

 

4.6         A2A berhak untuk mengesahkan identiti anda dan meminta maklumat lanjut atau dokumen atas tujuan pengesahan. A2A mempunyai hak untuk menolak pendaftaran atau menamatkan akaun anda dengan segera sekiranya maklumat Pengguna yang diberikan tidak tepat, palsu, atau tidak boleh diterima, atau jikalau proses pengesahan A2A mendedahkan sebarang perkara yang dianggap mencurigakan oleh pihak A2A.

 

4.7         Sebagai Ahli, anda bertanggungjawab sepenuhnya untuk menjaga kesulitan maklumat akaun keahlian anda. Sekiranya anda mengesyaki maklumat akaun keahlian anda telah disalahgunakan, dicuri atau digunakan tanpa kebenaran anda, anda harus memaklumkan pihak kami dengan segera bersama butir-butir lengkap tentang kecurigaan anda, dan A2A mempunyai hak untuk mengambil tindakan yang sewajarnya sekiranya didapati aduan yang difailkan adalah sah (termasuk tetapi tidak terhad kepada penggantungan akaun anda).

 

 

4.8          Jikalau anda ada:-

 

4.8.1   Melanggar Terma dan Syarat;

 

4.8.2   Melanggar sebarang dasar Platform A2A (termasuk Dasar Peribadi);

 

4.8.3   Terbabit dalam sebarang kes undang-undang yang melibatkan dakwaan penipuan, pecah amanah, atau kes jenayah;

 

4.8.4   Melanggar mana-mana Akta Perlindungan Data Peribadi 2010;

 

4.8.5   Menyalahgunakan maklumat pemasaran yang diberi atau disediakan oleh A2A;

 

4.8.6   Bertindak dengan apa jua cara yang dianggap tidak sehaluan, atau menjejaskan objektif dan/atau reputasi A2A;

 

4.9         A2A berhak untuk menyekat atau membatalkan akses anda ke Platform A2A untuk sementara waktu atau secara kekal, menggantung atau menamatkan akaun anda, mengambil tindakan disiplin atau pemulihan yang lain. A2A berhak bertindak, termasuk tetapi tidak terhad, kepada membuat tuntutan atas sebarang kos, perbelanjaan atau kerosakan yang ditanggung oleh A2A. Sekiranya berlaku pembatalan atau penamatan akaun anda mengikut Seksyen 4.9 di atas, LP anda mungkin dilucutkan dan seluruh rekod transaksi anda di Platform A2A boleh dipadam tanpa merujuk anda. Sebarang urus niaga yang belum selesai boleh diselesaikan atau dibatalkan mengikut budi bicara mutlak A2A.

 

4.10     Sekiranya anda didapati membuka akaun baru setelah penarikan balik atau penamatan akaun secara langsung atau tidak langsung , A2A berhak menggantung akaun baru tersebut dan/atau A2A boleh mengambil tindakan yang sewajarnya ke atas akaun tersebut.

 

4.11     Anda boleh menyerah atau memohon untuk menamatkan status keahlian anda pada bila-bila masa dengan menulis kepada A2A. Anda mengakui bahawa peruntukan 4.10 akan dikuatkuasakan atas penamatan status keahlian anda.

 

 

Seksyen 5: Rancangan Pemasaran A2A – Pengguna

 

5.1       Ahli boleh merujuk orang lain untuk menjadi Pengguna dengan membuka akaun A2A. Ahli dibenarkan untuk merujuk pengguna seramai mungkin. Apabila menawarkan program A2A kepada prospek, Ahli dikehendaki membentangkan program itu secara keseluruhan dan lengkap tanpa peninggalan atau penyataan maklumat yang salah. Sebarang salah nyata yang dibuat oleh Ahli berkaitan dengan program, penerbitan, produk, dan lain-lain yang berkaitan dengan A2A adalah dilarang sama sekali. A2A mempunyai hak dan budi bicara untuk menamatkan keahlian sekiranya Ahli ditemui bertindak bertentangan dengan peruntukan ini.

 

5.2       Pengguna yang dirujuk menjadi Ahli secara langsung oleh seseorang Ahli ("Perujuk") dilarang mengubah Perujuk mereka kepada Ahli  yang lain (“Ahli Lain”). A2A tidak akan mengiktiraf sebarang perubahan sedemikian. Sebarang ketidakpatuhan terhadap peruntukan ini akan dianggap sebagai pelanggaran Terma dan Syarat oleh kedua-dua Pengguna dan Ahli Lain tersebut.

 

5.3       Pengguna akan dinaiktaraf ke status Ahli dengan bayaran Keahlian Seumur Hidup Tiga Puluh Ringgit (RM30.00) (dikuatkuasa pada 1 Jun 2018) melalui saluran pembayaran A2A yang ditetapkan.

 

5.4       Pengguna yang mempunyai baki Mata Ganjaran, E-Tunai dan Baucar Diskaun di dalam akaun Pengguna mereka (secara kolektifnya "Baki Pengguna"), akan dipindahkan kepada E-Dompet Ahli setelah Pengguna tersebut dinaiktaraf ke status Ahli.

Seksyen 6: Rancangan Pemasaran A2A - Ahli

 

6.1       Ahli boleh merujuk orang untuk menjadi Pengguna atau Ahli dengan membuka akaun A2A. Ahli dibenarkan untuk merujuk sebanyak mungkin Pengguna atau Ahli. Apabila menawarkan program A2A kepada prospek, Ahli dikehendaki membentangkan program itu secara keseluruhan dan lengkap tanpa peninggalan atau salah nyataan maklumat. Apa-apa salah nyata yang dibuat oleh Ahli berkaitan dengan program, penerbitan, produk, dan lain-lain yang berkaitan dengan A2A adalah dilarang sama sekali. A2A mempunyai hak dan budi bicara untuk menamatkan keahlian sekiranya Ahli ditemui bertindak bertentangan dengan peruntukan ini.

 

6.2       Seseorang Ahli akan menerima dua (2) LP untuk setiap ahli baru yang dirujuk dan didaftar dalam rangkaian sepuluh (10) peringkatnya. ("Rangkaian 10 Peringkat") tertakluk kepada Ahli baru yang memenuhi kriteria kelayakan keahlian dalam Terma dan Syarat ( "Ahli Baru").

 

6.3       Setiap perujuk Ahli dalam Rangkaian 10 Peringkat berhak menerima Bonus sebanyak empat peratus (4%) daripada nilai E-Tunai yang ditukar daripada 10 Mata Ganjaran yang diperoleh oleh setiap Ahli baru. Perujuk Ahli tidak berhak menerima bonus 4% daripada Pengguna yang dirujuk. Bonus ini hanya terhad kepada Mata Ganjaran yang diperolehi Ahli baru selepas menjadi Ahli yang tertakluk dengan Terma dan Syarat.

 

6.4       Ahli berhak mendapat manfaat, keistimewaan atau kelebihan lain yang diputuskan oleh A2A dari semasa ke semasa, dan A2A berhak mengubah atau membatalkan sebarang manfaat, faedah atau hak keistimewaan pada bila-bila masa.

 

6.5          Bonus yang diperoleh Ahli akan dikreditkan ke E-Dompet Ahli. Ahli-ahli layak untuk menghantar tuntutan mereka kepada A2A melalui Platform A2A, pada atau sebelum hari ke-8 setiap bulan, dan menerima Bonus pada hari ke-15 setiap bulan, atau jika pesanan itu dibuat selepas hari ke-8 dan sebelum hari ke-22 setiap bulan, maka Bonus tersebut akan dibayar pada hari terakhir bulan tersebut. Caj pentadbiran bank akan dikenakan untuk setiap transaksi. Caj tertakluk kepada bank masing-masing dan ini ditanggung oleh Ahli.

 

6.6          Ahli tidak dibenarkan mempunyai banyak akaun keahlian dengan niat untuk menjejaskan Rancangan Pemasaran. A2A mempunyai hak untuk menamatkan akaun-akaun keahlian yang berlebihan serta kesemua manfaatnya pada bila-bila masa jika ditemui. Akaun keahlian berlebihan ini akan menjejaskan Rancangan Pemasaran A2A atau Platform A2A.

 

6.7       Kelayakan Ahli untuk mendapat hak dan manfaat keahlian adalah maklumat peribadi kepada setiap Ahli. Ahli tidak dibenarkan untuk memindahkan keahliannya dan/atau hak keahliannya atau manfaatnya kepada sesiapa kecuali dalam keadaan berikut: -

 

6.7.1   Ahli adalah entiti korporat dan telah membuat permohonan bertulis untuk memindahkan keahlian kepada syarikatnya menurut penstrukturan semula korporat, A2A boleh, atas budi bicara mutlaknya, bersetuju atas pemindahan keahlian tersebut yang tertakluk kepada bukti sokongan permohonan itu; atau

 

6.7.2   sekiranya berlaku kematian atau ketidakupayaan seseorang Ahli, dengan permohonan bertulis oleh ahli harta pusaka, wakil peribadi atau perundangan, pelaksana atau penjaganya, A2A hendaklah, memindahkan keahlian tersebut kepada orang yang dinamakan sebagai sah di dalam Perintah Mahkamah atau geran tersebut.

 

Untuk mengelakkan keraguan, sebarang pemindahan yang dibenarkan menurut di atas hanya akan berkuatkuasa apabila menerima kelulusan bertulis daripada Syarikat. Keahlian gabungan tidak dibenarkan dan jika Perintah Mahkamah, geran atau dokumen lain yang berkaitan mempunyai lebih daripada satu penerima, A2A tidak diwajibkan untuk mendaftarkan sebarang pemindahan keahlian sehingga ia menerima dokumen bertulis yang membuktikan pencalonan seorang sahaja sebagai ahli baru.

 

 

Seksyen 7: Penggunaan Platform A2A

 

7.1       Anda harus memastikan bahawa pengenalan log masuk anda tidak dianggap sebagai tidak sopan. tidak sesuai  atau menyinggung perasaan di bawah mana-mana undang-undang atau amalan yang biasa dipraktikkan oleh A2A. A2A berhak untuk menolak sebarang pengenalan log masuk yang tidak boleh diterima tanpa memberikan alasan kepada pengguna tersebut.

 

7.2          Anda dilarang menyalahgunakan Platform A2A dengan menggodam, memuat turun perisian yang merbahaya, virus atau program yang tidak dibenarkan, menggunakan sebarang teknologi bahaya dalam Platform A2A dan/atau menjalankan aktiviti pemantauan atau perlombongan.

 

7.3          ID Ahli dan kata laluan adalah maklumat log masuk yang diberikan kepada anda dan anda hendaklah memastikan bahawa ia tidak disalahgunakan dan melanggar Terma dan Syarat yang tertera. Walau apa pun, anda mengakui bahawa semua maklumat tersebut adalah tertakluk kepada A2A dan A2A berhak untuk menarik balik atau membatalkan sebarang maklumat log masuk sedemikian jika anda menyalahgunakan maklumat tersebut dengan cara yang melanggar Terma dan Syarat ini.

 

7.4          Jika anda melanggar mana-mana Terma dan Syarat, A2A berhak untuk mengehadkan akses, menggantung atau menamatkan hak anda berkenaan dengan Platform A2A pada bila-bila masa tanpa sebarang notis terlebih dahulu.

 

7.5          Anda boleh menyerahkan Keahlian anda pada bila-bila masa dengan menulis notis kepada A2A melalui alamat e-mel berikut: support@a2anetwork.net

 

7.6          Akaun Pengguna dan Ahli anda dikait secara khusus dengan alamat e-mel anda yang digunakan untuk membuka akaun di Platform A2A dan anda tidak boleh mengubah alamat e-mel tanpa menghantar kebenaran bertulis kepada A2A terlebih dahulu. A2A mungkin perlu menamatkan akaun anda sebelum meluluskan sebarang perubahan alamat e-mel.

 

Seksyen 8: Transaksi A2A Mall

 

8.1       Anda boleh membeli produk di A2A Mall melalui Platform A2A.

 

8.2       Sila ambil perhatian bahawa Produk yang dijual di A2A Mall juga boleh dijual oleh peniaga pihak ketiga. Urus niaga tersebut akan tertakluk kepada dasar, terma dan syarat pihak ketiga tersebut. Anda bertanggungjawab sepenuhnya untuk membaca dan memahami dasar, terma dan syarat tersebut. Sila ambil perhatian bahawa peniaga pihak ketiga tersebut bertanggungjawab terhadap kualiti produk, pengiriman dan syarat penghantaran.

 

8.3       Sila pastikan anda memahami dasar pertukaran atau pembatalan pembelian di Platform A2A sebelum mengesahkan pembelian anda.

 

8.4       Sebarang pesanan yang anda buat merupakan persetujuan antara anda dan A2A. Anda hendaklah menyelesaikan transaksi tersebut yang tertakluk kepada Terma dan Syarat ini.

 

8.5       A2A berhak membatalkan sebarang pesanan jika urus niaga tersebut didapati (i) haram, (ii) produk tersebut sudah tiada, atau (iii) pesanan yang dibuat adalah mencurigakan atau mengandungi kesilapan yang mungkin menghalang atau melambatkan pesanan atau penghantaran.

 

8.6       Anda bertanggungjawab untuk mengesahkan semua butiran pesanan yang dibuat sebelum proses persetujuan, terutamanya alamat penghantaran dan maklumat perhubungan. Selepas itu, pastikan anda menyemak dan menjejaki sebarang e-mel atau mesej pengesahan yang dihantar oleh A2A yang berkaitan dengan pesanan anda.

 

8.7       Pesanan anda tidak dianggap terikat kepada kontrak untuk membeli sehingga ia diterima oleh A2A dan A2A mengesahkan bahawa Produk yang dipesan itu boleh dihantar.

 

8.8       A2A boleh membatalkan sebarang pesanan pada bila-bila masa jika terdapat sebarang masalah teknikal yang berkaitan dengan masalah komputer, sistem atau program yang tidak dapat diselesaikan A2A dalam masa yang singkat.

 

8.9       Jika A2A perlu membayar pampasan kepada anda untuk sebarang pembatalan atau kegagalan untuk melengkapkan suatu pesanan untuk suatu Produk, anda bersetuju bahawa A2A hanya terhad kepada jumlah kerosakan yang sama dengan kos Produk, dan anda tidak berhak untuk menuntut sebarang perbelanjaan berlebihan, termasuk kerugian atau kerosakan.

 

8.10    Produk akan dihantar ke alamat penghantaran yang anda berikan. Sebarang kesilapan di dalam alamat penghantaran adalah tanggungjawab anda dan A2A tidak akan menanggung untuk sebarang kos, kerugian atau kerosakan (termasuk tetapi tidak terhad kepada kehilangan Produk atau sebarang kelewatan dalam penghantaran Produk). Jika Produk gagal dihantar dan ia dikembalikan kepada A2A, anda perlu membayar semua kos penghantaran terlebih dahulu untuk membolehkan A2A menghantar semula Produk ke alamat yang anda berikan. Kos penghantaran akan dimaklumkan kepada anda semasa proses pembayaran. Anda dianggap menerima semua pembiayaan kos penghantarannya ketika mengesahkan pesanan anda.

 

8.11    Semua Cukai Jualan, jika berkenaan, akan ditanggung oleh anda. Cukai kastam akan ditanggung dan dibiayai oleh anda sebelum penghantaran Produk.

 

8.12    Anda bertanggungjawab untuk mengesahkan keadaan Produk selepas menerima produk. Jika sebarang kerosakan ditemui, anda boleh memberitahu A2A dalam masa tiga (3) hari perniagaan dari tarikh penerimaan Produk tersebut.

 

8.13    Maklumat lanjut, terma dan syarat akan dimaklumkan di Platform A2A dari semasa ke semasa dan anda tertakluk kepada terma dan syarat tersebut.

Seksyen 9: Transaksi E-Shop

 

9.1       Semua urus niaga E-Shop di Platform A2A akan ditadbir oleh terma dan syarat E-Shop masing-masing. Sila pastikan anda memahami sepenuhnya terma dan syarat tersebut sebelum berurus niaga di mana-mana E-Shop.

 

9.2       A2A bukan ejen dan tidak mewakili semua E-Shop tersebut. A2A tidak akan bertanggungjawab untuk sebarang transaksi antara anda dan E-Shop.

 

9.3       Di dalam kapasiti anda sebagai Pengguna atau Ahli, anda bertanggungjawab terhadap semua yang berkaitan dengan transaksi antara anda dan E-Shop, serta sebarang maklumat yang anda berikan kepada E-Shop. Anda diingatkan untuk membuat penilaian sendiri terhadap sebarang pembelian di mana-mana E-Shop.

 

9.4       A2A tidak memberi jaminan berkenaan transaksi yang dilakukan oleh Pengguna atau Ahli di E-Shop. Untuk mengelakkan sebarang keraguan, A2A mengesahkan bahawa ia tidak memberi sebarang jaminan berkenaan tujuan, perdagangan, kualiti, keselamatan atau penyalahgunaan mana-mana Produk.

 

 

Seksyen 10: Rakan Sekutu Offline (AP)

 

10.1    Sebarang urus niaga dengan Rakan Sekutu Offline kami akan direkod dengan segera selepas transaksi dibuat dengan menggunakan Aplikasi Mudah Alih A2A.

 

10.2    Jika anda menyedari sebarang percanggahan antara rekod transaksi di Aplikasi Mudah Alih A2A dan maklumat dari Rakan Sekutu Offline, anda perlu memberitahu kami mengenainya dengan butir-butir lengkap serta dokumen sokongan di dalam tempoh lima (5) hari perniagaan dari tarikh urus niaga.

 

10.3    A2A mempunyai hak dan kuasa mutlak untuk membetulkan sebarang ketidaktepatan dalam rekod LP yang diperoleh Ahli pada bila-bila masa. Jika Ahli mempunyai sebarang bantahan terhadap perkara tersebut dan A2A menolak asas dakwaan Ahli itu, Ahli boleh memulakan penyelesaian konflik tersebut dengan A2A mengikut Terma dan Syarat ini.

 

10.4    Di dalam kapasiti anda sebagai Pengguna atau Ahli, anda bertanggungjawab terhadap semua yang berkaitan dengan transaksi antara anda dan Rakan Sekutu Offline, serta sebarang maklumat yang anda berikan kepada Rakan Sekutu Offline. Anda diingatkan untuk membuat penilaian sendiri terhadap sebarang pembelian di mana-mana Rakan Sekutu Offline.

 

10.5    A2A tidak memberi jaminan berkenaan transaksi yang dilakukan oleh Pengguna atau Ahli dengan Rakan Sekutu Offline. Untuk mengelakkan sebarang keraguan, A2A mengesahkan bahawa ia tidak memberi sebarang jaminan berkenaan tujuan, perdagangan, kualiti, keselamatan atau penyalahgunaan mana-mana Produk.

 

 

 

 

 

 

Seksyen 11: Amalan dan Etika

 

11.1        Anda hendaklah mematuhi undang-undang Malaysia yang berkaitan dengan A2A dan dalam melaksanakan sebarang aktiviti, perniagaan atau sebaliknya melalui penggunaan Platform A2A.

 

11.2        Anda akan menjalankan perniagaan anda di Platform A2A dengan kejujuran, integriti dan tanggungjawab yang ikhlas.

 

11.3        Anda tidak akan menyalahgunakan Platform A2A dengan memuat naik sebarang mesej, imej, video, fail, bunyi atau perkara lain yang palsu, memfitnah, berunsurkan lucah, melanggar hak harta intelektual, mengancam atau dianggap tidak bersesuaian oleh A2A atau melakukan sebarang aktiviti di atau melalui Platform A2A yang tidak dibenarkan oleh A2A atau yang boleh mengganggu Platform A2A.

 

11.4        Anda tidak akan membatalkan pesanan untuk Produk berulang kali atau memberi maklum balas atau komen negatif pada Produk atau A2A tanpa alasan yang munasabah.

 

11.5        A2A mempunyai kuasa mutlak terhadap kandungan Platform A2A dan boleh memadam, mengeluarkan atau menolak sebarang kandungan yang anda ingin hantar atau muat naik.

 

11.6        Anda tidak boleh menggunakan nama, logo atau reputasi A2A dalam apa jua cetakan, barang elektronik atau media lain tanpa kelulusan A2A.

 

11.7        Anda tidak boleh meniru atau menggunakan sastera, bahan bercetak, kandungan laman web, kandungan aplikasi, butiran Produk, imej atau gambar, yang diterbitkan di Platform A2A tanpa kebenaran bertulis A2A terlebih dahulu.

 

11.8        Anda akan menanggung sebarang kerugian dan melindungi A2A daripada sebarang tuntutan ganti rugi yang timbul daripada perbuatan pengiklanan anda, dengan menggunakan bahan promosi dalam apa jua cara, atau menyediakan kenyataan mengenai Platform A2A yang belum diluluskan oleh A2A.

 

 

Seksyen 12: Perlindungan

 

12.1    Anda dengan ini berjanji dan bertanggungjawab untuk menanggung segala kerugian dan melindungi A2A dan pegawai, pengarah, ejen, anak syarikat, usaha gabungan dan pekerja kami, daripada sebarang tuntutan, ganti rugi, termasuk menanggung segala yuran guaman akibat daripada tuntutan oleh mana-mana pihak yang timbul daripada pelanggaran Terma dan Syarat, undang-undang atau peraturan dan/atau apa-apa perbuatan lain oleh anda di Platform A2A yang menyebabkan kerosakan atau kerugian kepada A2A.

 

12.2    Jika aktiviti anda di Platform A2A menyebabkan sebarang kerugian kepada A2A, anda akan menanggung dan membayar ganti rugi kos dan perbelanjaan yang dialami A2A. Anda bertanggungjawab untuk menyelesaikan segala aduan yang dibangkitkan oleh mana-mana pihak berkuasa, Ahli lain atau orang lain atas kos anda sendiri dan memastikan A2A tidak terancam pada setiap masa selepas kejadian tersebut.

 

 

Seksyen 13: Hak Harta Intelek

 

13.1    A2A adalah pemilik tunggal atau pemegang lesen sah untuk semua hak di Platform A2A dan anda tidak berhak untuk sebarang tuntutan dalam apa jua keadaan. Anda tidak boleh menggunakan tanda hak cipta A2A yang terdapat di Platform A2A. Anda akan bertanggungjawab sepenuhnya dan membayar pampasan kepada A2A atas sebarang kerosakan atau kerugian yang dialami daripadanya.

 

13.2    Anda hendaklah memastikan bahawa anda tidak menghantar atau memuat naik kandungan yang tanpa keizinan atau hak harta intelektual. Anda dianggap telah memberikan kebenaran kepada A2A yang tidak eksklusif, bebas royalti, kekal, tidak boleh dibatalkan dan sub-hak lesen sepenuhnya untuk menggunakan (termasuk hak untuk menyesuaikan diri, mencipta semula, mengubah suai) kandungan yang anda muat naik ke Platform A2A di seluruh dunia di mana-mana media.

 

 

Seksyen 14: Kesulitan dan Keperibadian

 

14.1        A2A mengekalkan maklumat peribadi anda ("Pangkalan Data") selaras dengan Dasar Peribadi kami. Seluruh koleksi data peribadi tertakluk di bawah undang-undang Malaysia.

 

14.2        Anda tidak akan diberi akses ke Pangkalan Data dan anda dilarang daripada cubaan untuk akses, menggodam atau mendapatkan akses tanpa kebenaran ke Pangkalan Data.

 

14.3        Anda secara khususnya telah bersetuju dengan A2A untuk berkongsi maklumat peribadi anda (nama, nombor telefon dan maklumat hubungan lain yang diperlukan oleh A2A) ("Maklumat Hubungan Peribadi") dengan perujuk anda yang dikenal pasti oleh A2A dari semasa ke semasa berdasarkan asas Ahli-ke-Ahli, mengenai transaksi yang melibatkan perkara-perkara Keahlian A2A (“Tujuan yang Dibenarkan”), dan Produk. Persetujuan ini dikuatkuasa sehingga ditarik balik secara bertulis oleh anda sendiri (sebagai pemilik data) dalam bentuknotis penarikan bertulis yang diterima oleh A2A. Jika anda adalah penerima Maklumat Hubungan Peribadi tersebut, anda tidak dibenarkan untuk berkongsi, menghantar, menjual atau menyediakan Maklumat Hubungan Peribadi kepada mana-mana pihak atau berurusan dengan Maklumat Hubungan Peribadi dengan apa-apa jua cara atau untuk sebarang tujuan yang tidak diluluskan.

 

14.4        Anda bersetuju dengan A2A untuk berkongsi maklumat peribadi anda dan semua maklumat lain yang anda masukkan di Platform A2A dengan syarikat, rakan sekutu, penasihat, penyedia perkhidmatan dan pekerja yang berkait dengan A2A. Ini untuk tujuan perniagaan A2A (termasuk penyelidikan pasaran dan tujuan lain yang berkait dengan Platform A2A dan perniagaannya).

 

14.5        Jika anda melanggar sebarang dasar peribadi, telah mengakses atau mendedahkan data peribadi yang dikumpulkan oleh A2A tanpa kebenaran bertulis daripada A2A, A2A mempunyai segala hak, termasuk tetapi tidak terhad kepada hak untuk menamatkan Keahlian dan semua keistimewaan yang terikat dengannya. Jika A2A mengalami kerosakan atau kerugian akibat tindakan anda, anda hendaklah bertanggungjawab sepenuhnya dengan membayar pampasan dan melindungi A2A sepenuhnya daripada sebarang kerosakan atau kerugian.

 

14.6        Sebarang pengecualian A2A daripada mengenakan apa-apa tindakan terhadap mana-mana Ahli atas penyebaran maklumat A2A yang berkaitan dengan rahsia atau perdagangan sulit atau Pangkalan Data tidak bermakna A2A tidak berhak untuk mengambil apa-apa tindakan terhadap Ahli tersebut atau mana-mana Ahli berkenaan hal ini.

 

 

Seksyen 15: Penyelesaian Pertikaian

 

15.1    Jika terdapat sebarang pertikaian yang timbul antara anda dan Ahli lain atau anda dan A2A, pihak-pihak berkenaan hendaklah berusaha untuk menyelesaikan konflik tersebut melalui perbincangan yang baik dan aman antara satu sama lain.

 

15.2    Jika konflik masih berterusan, pihak yang terlibat boleh membuat rujukan rasmi kepada A2A untuk penyelesaian konflik. A2A boleh mengkaji semula fakta perkara itu dan menetapkan seorang eksekutif atasan untuk menyelesaikan konflik dengan baik dan aman dan menitikberatkan kepentingan kedua-dua pihak yang terlibat.

 

15.3    Semua keputusan A2A adalah muktamad, kecuali di mana sifat konflik itu adalah perkara serius yang mengakibatkan kehilangan atau kerosakan harta, reputasi atau kecederaan kepada mana-mana orang, pihak-pihak terlibat boleh merujuk konflik itu ke Mahkamah Malaysia untuk penyelesaian.

 

 

Seksyen 16: Pengecualian

 

16.1    A2A tidak mempunyai liabiliti dan tidak memberi jaminan untuk apa-apa jua yang berkenaan dengan peristiwa atau perkara berikut: -

 

16.1.1       Sebarang pautan web pihak ketiga yang terdapat di Platform A2A dan aktiviti yang anda lakukan semasa berada di dalam laman web pihak ketiga tersebut;

 

16.1.2       Platform A2A tidak boleh diakses kerana penyelenggaraan laman web (sama ada secara rutin atau sebaliknya), gangguan bekalan kuasa elektrik, kegagalan komunikasi, isu teknikal yang berkaitan dengan Platform A2A, sebarang bencana alam yang menjejaskan Platform A2A atau sebab lain yang mempengaruhi infrastruktur teknologi Platform A2A;

 

16.1.3       Ketepatan atau kebenaran sebarang maklumat atau pernyataan yang dimuat naik atau dihubung melalui Platform A2A, atau butiran untuk mana-mana Produk;

 

16.1.4       Undang-undang atau peraturan mengenai aktiviti import atau eksport yang menjejaskan transaksi anda di dalam Platform A2A; dan/atau

 

16.1.5       E-Shop, peniaga pihak ketiga A2A Mall, Rakan Sekutu Offline, Ahli lain atau mana-mana pihak ketiga lain yang berurus niaga di Platform A2A dan sebarang kandungan yang dimuat naik oleh pihak tersebut.

 

A2A tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami oleh mana-mana pihak yang timbul daripada perkara tersebut. Penggunaan Platform A2A adalah di atas risiko anda sendiri.

 

16.2    A2A tidak menjamin penggunaan berterusan atau akses yang selamat di Platform A2A dan penggunaan anda di Platform A2A adalah berdasarkan asas "seperti sedia adanya". A2A tidak menjamin bahawa Platform A2A bebas dari sebarang kesilapan, pepijat dan lain-lain. A2A tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang masalah atau kegagalan dalam penyediaan perkhidmatan atau Produk melalui penggunaan atau akses Platform A2A atau sebaliknya, yang disebabkan oleh keadaan di luar jangkaan dan kawalan seperti peperangan, mogok, rusuhan, kebakaran, banjir, gempa bumi, kegagalan telekomunikasi utama atau di seluruh negara dan apa-apa bencana alam lain, atau disebabkan oleh penguatkuasaan undang-undang Malaysia atau perintah Mahkamah Malaysia.

 

16.3    A2A tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang akses tanpa kebenaran ke dalam akaun anda atau sebarang transaksi yang dibuat melalui Platform A2A. A2A tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kandungan haram atau tindakan Pengguna dan Ahli yang dianggap kurang sopan atau menyalahi undang-undang. A2A tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang jenis ganti rugi sama ada dalam kontrak, tort, liabiliti ketat atau sebaliknya.

 

16.4    Semua wakil dan jaminan(termasuk yang tersirat oleh undang-undang) dalam apa-apa jua jenis, nyata atau tersirat dikecualikan.

 

16.5    Jika berlakunya konflik antara anda dan mana-mana pihak lain berhubungan Produk yang dibeli melalui Platform A2A, A2A tidak terlibat dalam apa jua tuntutan dan pampasan kerosakan dan ganti rugi daripada konflikitu. A2A tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kerosakan atau kerugian yang dialami oleh anda atau mana-mana pihak ketiga.

 

 

Seksyen 17: Pentadbiran Undang-Undang

 

17.1    Terma dan Syarat ini adalah dikuatkuasakan oleh undang-undang Malaysia dan tertakluk di bawah bidang kuasa eksklusif Mahkamah Malaysia.

 

17.2    Jika terdapat konflik undang-undang yang melibatkan luar negara dan Malaysia, undang-undang Malaysia akan diguna pakai.

 

 

Seksyen 18: Pematuhan Cukai Peribadi

 

18.1    Semua Pengguna dan Ahli bertanggungjawab untuk mengisytiharkan pendapatan mereka kepada pihak berkuasa yang berkaitan dan untuk sebarang cukai  yang terlibat bahawa mereka adalah atau mungkin berada di bawah bidang kuasa undang-undang yang berkaitan.

 

18.2    A2A berhak menahan sebarang cukai (termasuk tetapi tidak terhad kepada menahan cukai) berdasarkan bidang kuasa undang-undang yang berkenaan.

 

 

Seksyen 19: Pindaan Terma dan Syarat

 

19.1    A2A berhak meminda, menambah, mengubah, membatalkan, menggubal dan meminda Terma dan Syarat, atau mana-mana bahagiannya, pada bila-bila masa atau dari semasa ke semasa dengan apa jua syarat yang dianggap sesuai oleh A2A (secara kolektif "Pindaan") atas kuasa mutlak dan budi bicara A2A. Sebarang Pindaan yang dibuat akan dimaklumkan di Platform A2A dan anda akan tertakluk di bawah Terma dan Syarat yang baru dengan kadar segera seperti tarikh yang tertera di dalam notifikasi atau jika tiada tarikh penguatkuasaan dinyatakan, boleh pada tarikh Terma dan Syarat baru dimuat naik di Platform A2A.

 

19.2    Sebarang ciri atau perkhidmatan di Platform A2A boleh dihentikan atau diubah pada bila-bila masa jika dianggap perlu oleh A2A.

 

19.3    Sila pastikan anda sentiasa ikuti perubahan A2A dan ambil perhatian bahawa jika anda akses atau menggunakan Platform A2A selepas notifikasi tentang Pindaan tersebut, bermakna anda bersetuju menerima perubahannya.

 

19.4    Anda diminta untuk segera berhenti menggunakan Platform A2A sekiranya anda tidak bersetuju dengan sebarang Pindaan.

 

 

Seksyen 20: Terma dan Syarat Am

 

20.1    Anda boleh berhubung dengan A2A melalui support@a2anetwork.net. Semua notis dihantar kepada anda adalah dikuatkuasakan melalui penghantaran peribadi, kurier, e-mel atau di mana-mana platform berkenaan, dan melalui Platform A2A. Perkhidmatan notis kepada anda melalui media elektronik atas segala tujuan adalah dianggap sebagai perkhidmatan dan perhubungan yang baik dan boleh diterima.

 

20.2    A2A mempunyai hak untuk menetapkan dan/atau mengarang Terma dan Syarat atau sebarang bahagian yang sama kepada mana-mana pihak atau entiti, dengan memberi notis bertulis kepada anda yang akan dimuat naik menerusi Platform A2A tanpa memerlukan persetujuan anda. Akaun anda tertakluk di bawah Terma dan Syarat ini dan ia adalah peribadi dan tidak boleh dipindah milik, secara keseluruhan atau sebahagiannya, kepada mana-mana pihak atau entiti.

 

20.3    A2A berhak untuk menukar atau menambah Terma dan Syarat ini pada bila-bila masa, dan untuk menukar, memadam, menghentikan, atau mengenakan syarat pada sebarang ciri atau aspek Platform A2A mengikut budi bicara mutlaknya yang dianggap munasabah. Sebarang penggunaan Platform A2A selepas notifikasi tentang perubahan tersebut bermakna anda bersetuju menerima Terma dan Syarat yang digubal.

 

20.4    Jika mana-mana peruntukan Terma dan Syarat ini tidak sah di bawah undang-undang yang dikuatkuasakan, maka ia akan diubah dan ditafsirkan untuk mencapai objektif peruntukan sedemikian yang setaraf di bawah undang-undang yang dikuatkuasakan, dan peruntukan yang selebihnya akan terus berkuatkuasa sepenuhnya .

 

20.5    Tajuk dimasukkan untuk kemudahan anda sahaja, dan tidak akan dianggap sebagai pentafsiran Terma dan Syarat ini.

 

20.6    Tiada pengecualian bagi sebarang terma di bawah Terma dan Syarat ini akan dianggap sebagai pengecualian selanjutnya atau berterusan dalam terma berikut atau terma yang lain.

 

20.7    Sekiranya berlaku sebarang percanggahan atau perbezaan antara Terma dan Syarat yang dipaparkan dalam bahasa-bahasa yang berbeza, versi Bahasa Inggeris akan diutamakan.