Dasar Privasi

Apakah maklumat-maklumat yang kami kumpul dari anda?

 

Maklumat Pendaftaran

Ketika pendaftaran, anda akan memberikan kami maklumat berkenaan anda seperti Nama, Emel, dan Alamat. Walau bagaimanapun, anda boleh melayari laman web kami secara privasi tanpa nama.

 

Bagaimana kami menggunakan maklumat anda?

Maklumat anda mungkin akan digunakan dalam salah satu daripada cara yang berikut::

  • Untuk memperibadikan pengalaman anda (maklumat anda membantu kami untuk menjadi lebih responsif kepada keperluan individu anda)

  • Untuk meningkatkan mutu laman web kami (kami sentiasa berusaha untuk meningkatkan perkhidmatan laman web berdasarkan maklumat dan maklum balas anda)

  • Untuk meningkatkan perkhidmatan pelanggan (maklumat anda membantu kami untuk bertindak dengan efektif bagi memenuhi permintaan dan keperluan anda)

  • Untuk memproses transaksi

  • Untuk menguruskan pertandingan, promosi, kaji selidik atau fungsi laman web lain

  • Untuk menghantar e-mel berkala. Alamat e-mel yang anda berikan ketika pemprosesan pesanan, hanya akan digunakan untuk menghantar maklumat terkini yang berkaitan dengan pesanan anda.

  • Untuk apa-apa tujuan perniagaan bagi memudahkan aktiviti anda yang berkenaan dengan laman web kami dan/atau urusniaga yang lain.

     

Dengan menggunakan laman web ini, anda akan bersetuju dengan penggunaan maklumat sedemikian.

 

Maklumat anda, sama ada awam atau peribadi, tidak akan dijual, ditukar, dipindahkan, atau diberikan kepada mana-mana syarikat lain dengan apa jua alasan pun, tanpa persetujuan anda, selain daripada tujuan untuk penghantaran produk atau perkhidmatan yang dibeli.

 

Nota: Anda berhak untuk membatalkan langganan e-mel daripada kami pada bila-bila masa , anda boleh ikuti langkah-langkah untuk membatalkan langganan anda di bahagian bawah setiap e-mel.

 

Apakah itu cookies?

Cookie ialah satu fail teks yang kecil, selalunya mengandungi pengecaman unik identiti tanpa nama. Apabila anda mengunjungi sesebuah laman web, komputer laman web tersebut meminta kebenaran komputer anda untuk menyimpan fail ini di sebahagian daripada cakera keras anda yang telah ditetapkan khusus untuk cookies. Setiap laman web boleh menghantar cookie tersendiri kepada pelayar web anda jika pelayar web anda membenarkannya. Namun sedemikian, demi melindungi privasi anda, pelayar web anda hanya akan membenarkan laman web berkenaan untuk mengakses cookie yang telah dihantar kepada anda, dan bukannya cookie yang dihantar oleh laman web yang lain. Pelayar web biasanya ditetapkan untuk menerima cookies. Walau bagaimanapun, jika anda memilih untuk tidak menerima cookies, anda boleh mengubah konfigurasi pelayar web anda untuk menolak cookies. Jika anda memilih untuk menolak cookies, adalah berkemungkinan sesetengah bahagian laman web kami tidak dapat berfungsi dengan efektif. Cookie tidak boleh mengambil apa-apa data lain daripada cakera keras anda atau memindahkan virus kepada computer anda.

 

Adakah kami mendedahkan sebarang maklumat kepada pihak luar?

Kami tidak menjual, menukar atau memindahkan maklumat peribadi anda kepada pihak luar. Ini tidak termasuk pihak ketiga yang membantu kami dalam mengendalikan laman web, menjalankan perniagaan, atau memberikan perkhidmatan kepada anda, asalkan pihak-pihak berkenaan bersetuju untuk menyimpan maklumat ini dengan sulit. Kami juga mungkin mengeluarkan maklumat anda apabila kami percaya bahawa ia sesuai dan wajar lakukan bagi mematuhi undang-undang, menguatkuasakan polisi laman web kami, atau melindungi hak kami atau orang lain, harta benda, atau keselamatan. Walau bagaimanapun, maklumat pengenalpastian pengunjung yang bukan peribadi mungkin diberikan kepada pihak lain untuk tujuan pemasaran, pengiklanan, atau kegunaan lain.

 

Terma dan Syarat

Anda boleh membaca bahagian Terma dan Syarat kami yang merangkumi penggunaan, penafian, dan had liabiliti yang mengawal penggunaan laman web kami di sini: http://www.a2anetwork.net/terms-conditions

 

Bagaimana Dengan Laman Web Lain yang Berhubung kait dengan Laman Web Kami?

Kami tidak bertanggungjawab atas amalan yang diguna pakai oleh laman-laman web yang berkait dengan laman web kami atau kandungan yang terkandung di dalamnya. Selalunya pautan ke laman web yang lain disediakan hanya sebagai petunjuk kepada maklumat mengenai topik-topik yang berkemungkinan berguna kepada pengguna laman web kami.

 

Harap maklum apabila anda menggunakan sebarang pautan dari laman web kami yang membawa anda ke laman web lain, anda tidak lagi tertakluk di bawah dasar privasi kami. Interaksi anda di mana-mana laman web, termasuk laman web yang mempunyai pautan ke laman web kami, adalah tertakluk di bawah undang-undang dan dasar laman web itu sendiri. Sila baca undang-undang dan dasar tersebut sebelum meneruskan tindakan seterusnya.

 

Kebenaran anda

Dengan menggunakan laman web kami, anda bersetuju dengan pengumpulan dan penggunaan maklumat peribadi anda seperti yang dinyatakan dalam Dasar Privasi ini. Kami berhak untuk meminda dasar privasi ini pada bila-bila masa dengan atau tanpa notis.

 

Perubahan ke atas Dasar Privasi kami

A2A Global Network Sdn Bhd berhak untuk mengubah polisi ini pada bila-bila masa. Sila semak halaman ini secara berkala untuk sebarang perubahan. Penggunaan berterusan anda di laman web kami berikutan dengan perubahan kepada terma dan syarat ini bermakna anda menerima perubahan tersebut. Maklumat yang telah dikumpul sebelum apa-apa perubahan berlaku akan digunakan mengikut peraturan dan undang-undang semasa maklumat tersebut dikumpulkan.

Dasar ini diubah buat kali terakhir pada 14 Ogos 2014.

 

Pautan dari Laman Web Kami

Walaupun laman web kami mengandungi pautan ke laman-laman web dan sumber lain yang disediakan oleh pihak ketiga, pautan-pautan ini disediakan hanya sebagai petunjuk kepada maklumat untuk anda. Kami tidak mempunyai kawalan ke atas kandungan laman-laman atau sumber lain, dan tidak bertanggungjawab bagi mereka atau apa-apa kehilangan atau kerosakan yang timbul akibat daripada penggunaannya. Apabila mengakses sesebuah laman web melalui laman web kami, kami menasihatkan anda supaya menyemak terma penggunaan dan dasar privasi mereka untuk memastikan pematuhan dan melihat bagaimana laman web tersebut akan menggunakan maklumat anda.

 

A2A CAPITAL MANAGEMENT BUKAN SEBAHAGIAN DARIPADA KUMPULAN A2A

Anda mungkin pernah terbaca mengenai skim perbankan hartanah melalui berita di media cetak mahupun online. Menurut berita ini, kami memahami bahawa Syarikat ini mendakwa akan memberi ganjaran lumayan untuk pelaburan hartanah di Amerika Syarikat dan Kanada. Laporan berita ini merujuk kepada laporan polis yang difailkan dan amaran pelabur yang dikeluarkan oleh Pihak Berkuasa Kewangan Singapura mengenai A2A Capital Management.

 

KAMI INGIN MENGESYORKAN ANDA SEMUA BAHAWA A2A GLOBAL NETWORK SDN BHD TIDAK MEMPUNYAI SEBARANG PERTALIAN ATAU HUBUNGAN DENGAN A2A CAPITAL MANAGEMENT DAN KAMI TIDAK TERLIBAT DENGAN SEBARANG SKIM PERBANKAN HARTANAH DI BAWAH OPERASI SYARIKAT TERSEBUT. SELAIN DARIPADA PERSAMAAN NAMA “A2A” DALAM KEDUA-DUA NAMA SYARIKAT, KAMI MERUPAKAN DUA SYARIKAT YANG AMAT BERBEZA DAN TIDAK MEMPUNYAI PIHAK PENGENDALIAN YANG SAMA.

 

Hubungi Kami

Sekiranya terdapat sebarang soalan berkenaan dasar privasi data peribadi ini, anda boleh menghubungi kami.

Dasar ini digubal pada 1/10/2017.